Band SYJ asalnya dari kumpulan `Ex-December' yang juga ditubohkan oleh Syed Yusof Jamalulail (pada ketika itu saorang anggota polis trafik di Ipoh). Ia ditukar ke nama `SYJ' pada tahun 1978. Anggota asal `SYJ' tahun 1978 terdiri daripada Halim (gitar dan keyboard), Man Gemok (bass), Pak Su Nor (drum - kemudian diganti dengan Din Urko) dan Hamidi (Flute). Penyanyi wanitanya Rohana Kassim.
Sofea pada mulanya ditubuhkan oleh Syed Yusof Jamalulail dengan nama SYJ pada tahun 1983 di Ipoh, Perak. Pada tahun 1986, mereka telah menyertai Battle of The Band pada tahun tersebut. Selepasnya, mereka telah turut disertakan dalam album Battle of The Band (1986). Setelah album ini keluar, mereka sudah tidak lagi diuruskan oleh Syed Yusuf, lantaran ini mereka menukar nama mereka kepada Sofea.
Pada tahun 1987, mereka kembali dengan album pertama mereka dengan nama Sofea berjudul Kembali. Album ini mengandungi sepuluh lagu dan telah diterbitkan serta diedarkan oleh Warnada Sdn. Bhd.. Album ini turut menggunakan khidmat pemuzik luar daripada kumpulan yakni Raymond Lim.
Setahun selepas itu, yakni pada tahun 1988, mereka keluar lagi dengan album Anak Liar. Barisan anggota kumpulan ini telah bertukar, ahli di mana pemain dram, Nahar telah digantikan dengan Ujang. Man Rani pula turut menyumbangkan suara sebagai penyanyi, manakala Fancy telah diambil sebagai pemain gitar baru menggantikan Zam.
Pada tahun 1989, Nahar sekali lagi berkhidmat sebagai pemain dram untuk Sofea untuk album Boneka dan Pentas. Tahun 1990, mereka telah melancarkan album terakhir mereka dengan judul Mimpi dan Airmata.
hahahha
ReplyDelete